Ahad, 22 Januari 2017

Membudayakan Pemakaian Tudung Sejak Dari Usia Kanak-kanak

Maka bermula daripada waktu itu, pemakaian tudung semakin berkembang baik di seluruh Malaysia dan menjadi trend yang kian meningkat. Ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus diberi galakan.
Seperti kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mempunyai anak kecil pastinya ingin melihat anak mereka membesar menjadi insan yang soleh solehah. Kanak-kanak ibarat kain putih, maka ibubapa yang mencorakkan mereka.
Description: tudung kanak - Kanak online
Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk membudayakan pemakaian tudung dalam kehidupan anak dan keluarga kita sejak dari kecil lagi, agar kewajipan memakai tudung ini tersemai kukuh didalam jiwa mereka. Insyaallah, ia merupakan salah satu cara membina ummah yang kuat dan patuh kepada Allah SWT kerana keluargalah merupakan tunjang kepada kekuatan sesuatu ummah.
Kebaikan adalah fitrah. Maka biasakan anak bertudung dan berasa gembira untuk bertudung. Membeli tudung yang sesuai dan cantik adalah sesuatu yang baik untuk memulakan misi ini.

Tunjukkan cermin kepada anak ketika bertudung, mengambil gambarnya bertudung dan memuji kesolehannya dalam mengerjakan perintah Allah dan katakan mereka tentu disayangi Allah. Elakkan pemaksaan terhadap anak kerana ia akan merasa tertekan untuk bertudung kerana rasa panas, berpeluh dan merimaskan.

Purdah & Niqab mengikut empat mazhab


Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)
3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)
4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqabhukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)
4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawahukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haramhukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb,

Apakah anak kecil boleh melihat aurat kedua orang tuanya? Apakah ia boleh, misalnya, mandi bersama kedua orang tuanya?



Apakah  anak kecil boleh melihat aurat kedua orang tuanya? Apakah ia boleh, misalnya, mandi bersama kedua orang tuanya? 


لا يجوز كشف العورات أمام الأطفال المميزين إذ أمر الله تعالى المؤمنين بأن يأمروا من لم يبلغ الحلم منهم من أهل البيت بالاستئذان قبل الدخول في أوقات ثلاثة ، كما قال سبحانه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ طَوَّافُونَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ) النور/58 . وهذه الأوقات التي أوجب الله علينا أن نأمر الصغار بالاستئذان فيها ، وهي أوقات التخفف من الثياب . Tidak boleh menyingkap aurat di hadapan anak-anak yang sudah mumayyiz (sudah dapat membedakan sesuatu yang baik dan buruk). Sebab, Allah تعالى telah memerintahkan kaum mukminin untuk memerintahkan mereka yang belum baligh di dalam keluarga agar izin terlebih dahulu sebelum masuk kamar (orang tua) dalam waktu yang tiga, sebagaimana firman Allah تعالى: {Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kalian miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kalian, meminta izin kepada kalian tiga kali (dalam satu hari), yaitu: sebelum shalat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah shalat Isya'. (Itulah) tiga 'aurat bagi kalian. Tidak ada dosa atas kalian dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kalian, sebahagian kalian (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kalian. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.} (QS. An-Nur: 58) Inilah tiga waktu yang Allah perintahkan agar kita memerintahkan anak-anak kecil untuk izin terlebih dahulu padanya. Dan itu merupakan waktu-waktu seorang berpakaian seadanya. قال العلامة ابن عاشور رحمه الله في تفسيره "التحرير والتنوير" : "كانت هذه الأوقات أوقاتا يتجرد فيها أهل البيت من ثيابهم (يعني التخفف منها) فكان من القبيح أن يرى أطفالهم عوراتهم ، لأن ذلك منظر ينطبع في نفس الطفل ، لأنه لم يعتد رؤيته ، ولأنه يجب أن ينشأ الأطفال على ستر العورة ، حتى يكون ذلك كالسجية فيهم إذا كبروا" انتهى . Al-Allamah Ibnu Asyur رحمه الله berkata dalam tafsirnya "At-Tahrir wat Tanwir ", "Ini merupakan waktu-waktu anggota keluarga menanggalkan pakaian mereka (yaitu berpakaian seadanya), maka buruk sekali jika anak-anak melihat aurat mereka. Pemandangan tersebut akan terus terekam di benak sang anak. Sebab, hal itu bukan perkara biasa yang ia lihat. Karenanya, wajib anak-anak dididik untuk menutup aurat agar menjadi akhlak dan kebiasaan mereka jika sudah besar." فهذا هو الأدب إذاً مع الأطفال : أن يحال بينهم وبين الاطلاع على العورات ، لما في ذلك من المفاسد على أخلاقهم في الكبر . Inilah adab bersama anak-anak yaitu hendaknya mereka dicegah agar tidak melihat aurat, karena hal tersebut akan menyebabkan kerusakan akhlak mereka saat sudah besar. قال العلامة ابن سعدي رحمه الله في تفسيره وهو يعدد الفوائد المأخوذة من الآية : "ومنها : أن الصغير الذي دون البلوغ لا يجوز أن يمكن من رؤية العورة ، ولا يجوز أن تُرى عورته ، لأن الله لم يأمر باستئذانهم إلا عن أمر ما يجوز" انتهى . وهذا في الطفل المميز الذي يعرف العورات . Al-Allamah Ibnu Sa'di رحمه الله berkata dalam tafsirnya tatkala sedang menyebutkan beberapa faidah dari ayat tersebut, "Di antara faidah ayat ini yaitu bahwa anak kecil yang belum baligh tidak boleh diberi kesempatan untuk melihat aurat dan ia pun tidak boleh terlihat auratnya. Sebab, Allah tidaklah memerintahkan mereka untuk meminta izin melainkan dari perkara yang tidak boleh (dilihat)." Hal ini berlaku terhadap anak kecil yang sudah mumayyiz yang telah mengenal aurat. قال العلامة أبو بكر الجصاص في "أحكام القرآن" (3/464ـ465) : "أمر الله تعالى الطفل الذي قد عرف عورات النساء بالاستئذان في الأوقات الثلاثة بقوله : (ليستأذنكم الذين ملكت أيمانكم والذين لم يبلغوا الحلم منكم ) وأراد به الذي عرف ذلك واطلع على عورات النساء ، والذي لم يؤمر بالاستئذان أصغر من ذلك " انتهى . فالطفل الذي لا يميز لا حرج في عدم التستر منه ، قال ابن قدامة في "المغني" (7/76) : "فأما الغلام فما دام طفلا غير مميز لا يجب الاستتار منه في شيء" انتهى . Al-Allamah Abu Bakar Al-Jashshash dalam kitabnya Ahkamul Quran  (3/464-465) berkata, "Allah تعالى  memerintahkan anak kecil yang telah mengetahui aurat wanita untuk meminta izin terlebih dahulu pada waktu-waktu yang tiga ini, berdasarkan firman-Nya: {Hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kalian miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kalian, meminta izin kepada kalian.} Yang dimaksud adalah anak yang telah mengetahui perkara ini. Adapun yang tidak diperintahkan izin terlebih dahulu adalah anak yang lebih kecil dari itu (belum mumayyiz)." Anak kecil yang belum mumayyiz, tidak mengapa seseorang tidak menutup auratnya darinya. Ibnu Qudamah berkata dalam kitab Al-Mughni (7/76), "Adapun anak yang masih kecil dan belum mumayyiz, tidak diwajibkan menutup aurat darinya." وقال العلامة زكريا الأنصاري في شرح البهجة (4/98) : "الطفل الذي لا يحسن حكاية ما يراه يجوز كشف العورة عنده" انتهى . Al-Allamah Zakariya Al-Anshari  dalam kitab 'Syarhul Bahjah' (4/98) berkata, "Seorang anak yang belum mampu menceritakan apa yang ia lihat, dibolehkan membuka aurat di hadapannya." وهذا ضابط جيد ، فيجوز كشف العورات أمام الطفل الذي لا يحسن حكاية ما يراه ، كابن سنة أو سنة ونصف ، ولا يجوز كشفها أمام الطفل الذي يحسن حكاية ما يراه ، كابن ثلاث سنوات ، مع التنبيه أن هذا يختلف باختلاف الأطفال ، فبعض الأطفال يسبق أقرانه في النمو العقلي واللغوي ، وبعضهم يتأخر عن أقرانه . والله أعلم Ini merupakan batasan yang tepat, dibolehkan membuka aurat di depan anak kecil yang belum mampu menceritakan apa yang ia lihat, seperti anak berusia setahun atau setahun setengah dan tidak boleh membuka aurat di depan anak yang sudah dapat menceritakan apa yang ia lihat, seperti anak usia 3 tahun. Dan perlu diperhatikan bahwa ini berbeda antara satu anak dengan yang lain. Sebagian anak ada yang mendahului anak sebayanya dalam berpikir dan berbicara. Dan yang lain lebih lambat dari yang anak sebayanya. Wallahua'lam.

Batalkah Wudhu Jika Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Islam?

Batalkah Wudhu Jika  Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Islam?

Salah satu perkara membatalkan wudhu ialah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan  yang bukan mahram dengan tidak berlapik.  Sebaliknya wudhu tidak batal jika persentuhan  kulit berlaku antara sesama jenis, sesama khuntsa, khuntsa dengan lelaki atau  khuntsa dengan perempuan sama ada mereka Islam atau
bukan Islam.

Demikian juga halnya dengan yang melibatkan kanak-kanak bukan Islam. Hukum  lelaki dewasa dan perempuan dewasa bersentuhandengan kanak-kanak bukan Islam adalah sama juga dengan kanak-kanak Islam dalam perkara wudhu ini sebagaimana menurut pendapat para ulama fiqh.

Berdasarkan keterangan di atas, apa yang dapat difahami, tiada had umur tertentu bagi menentukan kanak-kanak yang batal dan yang tidak batal wudhu apabila bersentuhan dengannya. Tetapi memadai dengan  berpandukan pada  keyakinan dan pengetahuan seseorang dalam menilainya serta dengan berpandukan kepada  ‘uruf atau kebiasaan sesuatu tempat dan masyarakat.

Wudhu tidak batal jika menyentuh atau tersentuh kulit bayi atau kanak-kanak yang  pada zahirnya tidak ada kemungkinan syahwat dan tidak menimbulkan syahwat.

Namun perlu diingat, wudhu akan tetap batal jika menyentuh atau tersentuh kemaluan walaupun kemaluan bayi atau kanak-kanak kerana menyentuh atau tersentuh kemaluan dengan jari atau bahagian dalam tangan (tapak tangan) yang tidak berlapik sama ada sengaja atau tidak sengaja juga merupakan antara perkara yang
membatalkan wudhu.


Selain itu, wudhu ahli keluarga angkat juga akan batal jika bersentuhan dengan anak angkat bukan susuan kepada ibu angkat apabila anak tersebut sudah mencapai tahap memiliki syahwat kerana kedudukan hubungan anak angkat dengan keluarga angkat tetap tidak berubah seperti asalnya. Dia tetap dianggap orang asing dalam lingkungan keluarga angkatnya kecuali  jika  ada pertalian mahram atau  setelah disusukan oleh ibu  angkatnya dengan  mengikut dan memenuhi syarat penyusuan yang ditetapkan syara‘.

Bersentuhan


Secara ringkasnya, yang dimaksudkan dengan bersentuh itu ialah:

1) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan, hendaklah terdiri dari  orang dewasa atau orang yang sudah mencapai tahap memiliki syahwat.

2) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram.3) Bersentuhan selain dari rambut, gigi dan kuku kerana anggotaanggota tersebut tidak mendatangkan syahwat dengan
menyentuhnya sebagaimana pendapat ashah.

4) Bersentuhan langsung antara kulit iaitu tidak diselangi atau dialas oleh sesuatu seperti lapik atau baju sekalipun nipis.

5) Berlaku persentuhan sama ada  dengan menyentuh, disentuh mahupun tersentuh. Manakala yang dimaksudkan dengan lelaki  dan perempuan  itu  ialah lelaki  dan perempuan  yang  jelas mencapai  tahap memiliki  syahwat sebagaimana pada kebiasaan naluri semulajadi setiap manusia normal.

Oleh yang demikian, jika persentuhan kulit berlaku sebagaimana yang dimaksudkan di atas, maka wudhu menjadi batal dan tetap batal sekalipun persentuhan itu tidak disertai dengan rasa syahwat, tidak sengaja, lupa atau dalam keadaan terpaksa.

Wudhu juga batal meskipun bersentuhan dengan lelaki yang tidak cenderung terhadap perempuan, lelaki yang tidak lagi bersyahwat, perempuan tua yang tidak lagi bersyahwat atau tidak membangkitkan rasa syahwat apabila menyentuhnya.

Selain itu, wudhu juga batal dengan menyentuh atau tersentuh anggota  badan yang lumpuh,  anggota tambahan,  ataupun  orang mati. Akan tetapi wudhu orang mati adalah tidak batal.

Dalam perkara bersentuhan ini, kedudukan wudhu  orang yang menyentuh sama juga dengan orang yang disentuh iaitu batal ke atas kedua-duanya jika berlaku persentuhan antara mereka kerana kedua-duanya mengalami perkongsian rasa bersentuhan itu.

Bersentuhan Kulit  Dengan Kanak-Kanak Dalam Keadaan Berwudhu

Sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, wudhu menjadi batal jika persentuhan  kulit  berlaku antara lelaki dewasa dan perempuan dewasa yang  dikatakan  mencapai  tahap memiliki syahwat mengikut ‘uruf (kebiasaan).


Ini bererti, wudhu tidak batal jika berlaku persentuhan kulit antara dua orang kanak-kanak kerana tidak ada kemungkinan syahwat. Berbeza halnya jika bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang cukup  tua, wudhu tetap batal walaupun tidak ada kemungkinan syahwat kerana mereka adalah antara orang sudah

Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Mahram: Adakah Membatalkan Wudhu Atau Tidak?





Bukanlah suatu perkara  yang dirisaukan dan diragukan seseorang jika tersentuh dengan mahram di dalam  keadaan berwudhu.  Ini kerana ramai yang tahu bahawa wudhu tidak akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram.  Hukum syara‘ telah menetapkan wudhu seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram mu’abbad  (yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya), sama ada disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan mertua.

Status  mahram ternyata membuatkan seseorang merasa yakin, sekaligus menolak keraguan  adakah wudhu masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit  dengan yang berlawan jantina.

Umpamanya wudhu seorang ibu  tidak batal jika menyentuh anak kandung lelaki yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Sebaliknya  kerisauan, keraguan dan kekeliruan itu adakalanya berlaku pada segelintir orang Islam  terutama mereka yang sering berhadapan dengan kanak-kanak  seperti guru tadika, jururawat
atau pengasuh anak.

Mereka tidak tahu  atau tidak pasti sama ada wudhu menjadi batal  disebabkan berlakunya persentuhan antara kanak-kanak yang berlawanan jantina  yang bukan dari kalangan mahram mereka ataupun tidak?  Adakah wudhu batal jika menyentuh, disentuh atau tersentuh kanak-kanak tersebut?


Upload Gambar Budak Tidak Pakai Hijab Yang Belum Baligh


Upload Gambar Budak Tidak Pakai Hijab Yang Belum Baligh


Dalam isu ini, tidak ada batasan aurat yang ditentukan oleh Islam bagi anak yang masih kecil (belum mumaiyiz) kerana usianya yang masih kecil untuk mengerti persoalan yang berkaitan dengan aurat.
Walau bagaimanapun, jika dengan melihat gambar tersebut membuatkan nafsu syahwat anda memuncak, hukum anda melihatnya adalah diharamkan sekalipun anak kecil tersebut adalah anak saudara anda.
Mengenai dosa mendedahkan aurat, anak saudara anda tidak dihukumkan berdosa kerana gambar tersebut diambil semasa dirinya masih kecil lagi. Sebagai seorang yang dewasa, anda perlu berfikiran matang dan tidak menggunakan gambar tersebut untuk tujuan lain selain daripada bahan untuk kenang-kenangan sahaja.
Ringkasnya, orang lain tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Tidaklah kejahatan yang dilakukan oleh tiap-tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya.”
(Surah al-An’am: 164).