Ahad, 22 Januari 2017

Upload Gambar Budak Tidak Pakai Hijab Yang Belum Baligh


Upload Gambar Budak Tidak Pakai Hijab Yang Belum Baligh


Dalam isu ini, tidak ada batasan aurat yang ditentukan oleh Islam bagi anak yang masih kecil (belum mumaiyiz) kerana usianya yang masih kecil untuk mengerti persoalan yang berkaitan dengan aurat.
Walau bagaimanapun, jika dengan melihat gambar tersebut membuatkan nafsu syahwat anda memuncak, hukum anda melihatnya adalah diharamkan sekalipun anak kecil tersebut adalah anak saudara anda.
Mengenai dosa mendedahkan aurat, anak saudara anda tidak dihukumkan berdosa kerana gambar tersebut diambil semasa dirinya masih kecil lagi. Sebagai seorang yang dewasa, anda perlu berfikiran matang dan tidak menggunakan gambar tersebut untuk tujuan lain selain daripada bahan untuk kenang-kenangan sahaja.
Ringkasnya, orang lain tidak akan menanggung dosa perbuatan orang lain. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Tidaklah kejahatan yang dilakukan oleh tiap-tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya.”
(Surah al-An’am: 164).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan