Ahad, 22 Januari 2017

Bersentuhan


Secara ringkasnya, yang dimaksudkan dengan bersentuh itu ialah:

1) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan, hendaklah terdiri dari  orang dewasa atau orang yang sudah mencapai tahap memiliki syahwat.

2) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan mahram.3) Bersentuhan selain dari rambut, gigi dan kuku kerana anggotaanggota tersebut tidak mendatangkan syahwat dengan
menyentuhnya sebagaimana pendapat ashah.

4) Bersentuhan langsung antara kulit iaitu tidak diselangi atau dialas oleh sesuatu seperti lapik atau baju sekalipun nipis.

5) Berlaku persentuhan sama ada  dengan menyentuh, disentuh mahupun tersentuh. Manakala yang dimaksudkan dengan lelaki  dan perempuan  itu  ialah lelaki  dan perempuan  yang  jelas mencapai  tahap memiliki  syahwat sebagaimana pada kebiasaan naluri semulajadi setiap manusia normal.

Oleh yang demikian, jika persentuhan kulit berlaku sebagaimana yang dimaksudkan di atas, maka wudhu menjadi batal dan tetap batal sekalipun persentuhan itu tidak disertai dengan rasa syahwat, tidak sengaja, lupa atau dalam keadaan terpaksa.

Wudhu juga batal meskipun bersentuhan dengan lelaki yang tidak cenderung terhadap perempuan, lelaki yang tidak lagi bersyahwat, perempuan tua yang tidak lagi bersyahwat atau tidak membangkitkan rasa syahwat apabila menyentuhnya.

Selain itu, wudhu juga batal dengan menyentuh atau tersentuh anggota  badan yang lumpuh,  anggota tambahan,  ataupun  orang mati. Akan tetapi wudhu orang mati adalah tidak batal.

Dalam perkara bersentuhan ini, kedudukan wudhu  orang yang menyentuh sama juga dengan orang yang disentuh iaitu batal ke atas kedua-duanya jika berlaku persentuhan antara mereka kerana kedua-duanya mengalami perkongsian rasa bersentuhan itu.

Bersentuhan Kulit  Dengan Kanak-Kanak Dalam Keadaan Berwudhu

Sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, wudhu menjadi batal jika persentuhan  kulit  berlaku antara lelaki dewasa dan perempuan dewasa yang  dikatakan  mencapai  tahap memiliki syahwat mengikut ‘uruf (kebiasaan).


Ini bererti, wudhu tidak batal jika berlaku persentuhan kulit antara dua orang kanak-kanak kerana tidak ada kemungkinan syahwat. Berbeza halnya jika bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang cukup  tua, wudhu tetap batal walaupun tidak ada kemungkinan syahwat kerana mereka adalah antara orang sudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan