Ahad, 22 Januari 2017

Membudayakan Pemakaian Tudung Sejak Dari Usia Kanak-kanak

Maka bermula daripada waktu itu, pemakaian tudung semakin berkembang baik di seluruh Malaysia dan menjadi trend yang kian meningkat. Ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus diberi galakan.
Seperti kata pepatah; “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mempunyai anak kecil pastinya ingin melihat anak mereka membesar menjadi insan yang soleh solehah. Kanak-kanak ibarat kain putih, maka ibubapa yang mencorakkan mereka.
Description: tudung kanak - Kanak online
Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk membudayakan pemakaian tudung dalam kehidupan anak dan keluarga kita sejak dari kecil lagi, agar kewajipan memakai tudung ini tersemai kukuh didalam jiwa mereka. Insyaallah, ia merupakan salah satu cara membina ummah yang kuat dan patuh kepada Allah SWT kerana keluargalah merupakan tunjang kepada kekuatan sesuatu ummah.
Kebaikan adalah fitrah. Maka biasakan anak bertudung dan berasa gembira untuk bertudung. Membeli tudung yang sesuai dan cantik adalah sesuatu yang baik untuk memulakan misi ini.

Tunjukkan cermin kepada anak ketika bertudung, mengambil gambarnya bertudung dan memuji kesolehannya dalam mengerjakan perintah Allah dan katakan mereka tentu disayangi Allah. Elakkan pemaksaan terhadap anak kerana ia akan merasa tertekan untuk bertudung kerana rasa panas, berpeluh dan merimaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan