Ahad, 22 Januari 2017

Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Mahram: Adakah Membatalkan Wudhu Atau Tidak?





Bukanlah suatu perkara  yang dirisaukan dan diragukan seseorang jika tersentuh dengan mahram di dalam  keadaan berwudhu.  Ini kerana ramai yang tahu bahawa wudhu tidak akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram.  Hukum syara‘ telah menetapkan wudhu seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram mu’abbad  (yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya), sama ada disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan mertua.

Status  mahram ternyata membuatkan seseorang merasa yakin, sekaligus menolak keraguan  adakah wudhu masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit  dengan yang berlawan jantina.

Umpamanya wudhu seorang ibu  tidak batal jika menyentuh anak kandung lelaki yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Sebaliknya  kerisauan, keraguan dan kekeliruan itu adakalanya berlaku pada segelintir orang Islam  terutama mereka yang sering berhadapan dengan kanak-kanak  seperti guru tadika, jururawat
atau pengasuh anak.

Mereka tidak tahu  atau tidak pasti sama ada wudhu menjadi batal  disebabkan berlakunya persentuhan antara kanak-kanak yang berlawanan jantina  yang bukan dari kalangan mahram mereka ataupun tidak?  Adakah wudhu batal jika menyentuh, disentuh atau tersentuh kanak-kanak tersebut?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan